Berapa kali bayi 1 tahun tidur siang?

Berapa kali bayi 1 tahun tidur siang?
Tahukah Anda, jumlah tidur yang dibutuhkan seorang anak berbeda-beda sesuai usianya. Coba cek, sudah cukupkah waktu tidur anak Anda?

Secara bertahap seiring dengan meningkatnya usia, maka makin sedikit waktu tidur yang dibutuhkan anak. Namun pada dasarnya seorang anak membutuhkan banyak waktu tidur. Berikut adalah jumlah tidur anak per hari berdasarkan usia:

- Bayi   0-1 tahun -> waktu tidur: 14-15 jam yang terdiri dari 8 jam tidur malam, dan 6-7 jam tidur siang.

- Batita 1- 3 tahun -> waktu tidur: 12-14 jam, terbagi atas 11 jam tidur malam, dan 2-3 jam di siang hari.

- Usia preschool 4-6 tahun -> waktu tidur: 11-13 jam, yakni 10-11 jam tidur malam, dan 2 jam di siang hari.

- Usia sekolah 7-12 tahun -> waktu tidur: 10-11 jam, terdiri dari 8-9 jam tidur malam, dan 2 jam di siang hari.

Bila jumlah tidur anak tidak mencapai jumlah di atas, dapat dikatakan kualitas tidur anak akan menurun. Ciri anak yang kurang waktu tidur, antara lain yaitu selalu tidur bila naik kendaraan, bangun pagi harus dibangunkan, dan rewel di siang hari.

Untuk mengubah pola ini, Anda harus membantu anak terbiasa tidur yang baik dengan mengatur waktu tidur yang tepat.



Nap time atau lebih dikenali dengan tidur siang adalah waktu tidur yang diperuntukkan untuk bayi terutamanya pada waktu siang. 

Kenapa agaknya bayi perlu nap time?

Bayi dan kanak-kanak perlukan tidur yang banyak dalam tempoh 24 jam sehari. Tidur ini tersangatlah penting untuk tumbesaran mereka. Dalam tempoh ini, bayi memerlukan rehat dan tidur yang cukup. Ini sebab kenapa bayi perlu nap time.

  • Tak boleh berjaga lama:  Bayi tidak boleh berjaga lama seperti kanak-kanak yang lebih besar kerana mereka masih dalam proses pembesaran.
  • Membantu mereka belajar dengan lebih baik: Tidur sebenarnya membantu bayi untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Pada tahap ini, segalanya adalah baru bagi mereka. Jadi tidur yang cukup sangat-sangat membantu mereka untuk pembelajaran bahasa, kognitif dan memori dan banyak lagi.
  • Tidur malam: Apabila bayi tidur siang, ia membantu mereka untuk tidur pada waktu malam supaya mereka lebih lena.

Malah, kami rasa ibu bapa juga mesti tahu apa yang terjadi kalau anak tidak cukup nap time? Mulalah, anak anda mengamuk, tak nak makan dan macam-macam lagilah. Orang kata buat perangai? Jadi, anda kena beri anak tidur yang mencukupi supaya anak anda dapat berehat sepuasnya.

Berapa kali anak anda patut tidur siang?

Berapa kali bayi 1 tahun tidur siang?

Kredit: Unsplash

Ini adalah soalan yang sangat bagus. Buat ibu bapa yang ingin tahu, bayi dan kanak-kanak sebenarnya mempunyai bilangan tidur siang yang berbeza mengikut tahap toleransi mereka.

Umum kita ketahui bahawa bayi lebih banyak memerlukan tidur siang sewaktu baru lahir sehinggalah mereka menjangkau umur 1 tahun. Apabila mereka sudah mula membesar, waktu tidur mereka akan berkurangan dan mereka tidak lagi perlu tidur banyak seperti keadaan sewaktu mereka masih bayi. Ini kerana semakin anak anda besar, anak anda tidak memerlukan tidur kerana mereka sudah boleh mempunyai keupayaan atau toleransi untuk berjaga siang. Tidak seperti bayi. 

Mari kita rujuk panduan untuk bayi dan kanak-kanak mengenai waktu tidur mereka.

Waktu tidur bayi

#1 Bayi baru lahir sehingga 6 bulan

Berapa kali bayi 1 tahun tidur siang?

Kredit: Unsplash

Bayi yang baru lahir dan masih kecil memerlukan tidur yang jauh lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. Untuk bayi baru lahir, mereka memerlukan waktu tidur siang sebanyak 7 hingga 9 jam tetapi dengan bilangan tidur sebanyak 3 kali. Manakala untuk bayi dibawah umur 6 bulan, mereka memerlukan hanya 4 hingga 5 jam waktu tidur dengan bilangan nap time sama ada 3 kali ataupun 2 kali.

#2 Bayi usia 6 hingga 12 bulan

Untuk bayi berusia 6 bulan hingga 9 bulan, waktu tidur mereka panjang sedikit berbanding bayi 9 hingga 12 bulan. Mereka memerlukan 3 hingga 4 jam waktu tidur. Untuk tahap usia bayi ini, mereka memerlukan bilangan tidur sebanyak 2 kali. 

#3 Bayi 12 hingga 18 bulan

Apabila bayi sudah menjangkau umur setahun, mereka hanya memerlukan 2 hingga 3 jam sahaja waktu tidur dan bilangan tidur mereka juga sudah semakin berkurangan. Mereka boleh tidur siang sebanyak 1 hingga 2 kali sehari.

#4 Bayi 18 bulan hingga 2 tahun

Bagi bayi yang kian membesar, mereka hanya memerlukan 2 jam sahaja nap time dan bilangannya hanyalah 1. Kebiasaannya, bayi tidur pada awal tengahari.

Bolehkah bayi berumur bawah 1 tahun tidur siang sekali sahaja?

Berapa kali bayi 1 tahun tidur siang?

Kredit: Unsplash

Ini telah menjadi satu tanda tanya untuk setiap ibu bapa bila anak mereka tidur siang sekali sahaja. Anda mungkin sudah tahu jawapannya. Bila anak anda kurang tidur sahaja, memang banyak benda tidak kena kerana mereka tidak cukup rehat.

Sebaiknya anda lihat kesediaan anak anda terlebih dahulu dan lihat keperluan tidur mereka. Bagi bayi yang berumur 12 tahun ke bawah sememangnya tidak digalakkan untuk mereka tidur kurang daripada keperluan mereka. Tetapi, ada juga bayi yang telah tidur sekali sahaja seawal umur 10 bulan. Untuk mengetahui sama ada anak anda bersedia atau pun tidak untuk tidur siang lebih kurang daripada keperluan mereka, mari kita lihat selanjutnya.

Tanda anak anda bersedia kurang tidur

  • Anak tidak mahu nap: Anda dah cuba tidurkan anak anda tetapi anak anda masih lagi tidak mahu tidur.
  • Anak lebih banyak main waktu siang: Anak anda lebih rela bermain.
  • Tidur kurang: Anda lihat bahawa waktu tidur anak anda semakin singkat dan anak anda terjaga dengan mudah.
  • Bertenaga: Anak anda tidak ada masalah apabila terlepas waktu tidur siang mereka dan nampak bertenaga.

Perhatikan anak anda selama 2 hingga 3 minggu. Jika anak anda ingin tidur lebih kurang, pastikan anak anda sudah bersedia dan jangan terlalu drastik kerana takut ia akan mengganggu emosinya. 

Sumber: mypositiveparentingPeringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Berapa kali bayi umur 1 tahun tidur siang?

Bayi (Newborn) usia 0-3 bulan disarankan untuk tidur sebanyak 14-17 jam per hari. Bayi (Infant) usia 4-11 bulan disarankan untuk tidur sebanyak 12-15 jam per hari. Batita usia 1-2 tahun disarankan untuk tidur sebanyak 11-14 jam per hari. Balita 3-5 tahun disarankan untuk tidur sebanyak 10-13 jam per hari.

Kapan anak tidak tidur siang?

Anak di atas usia 4 tahun tidak diwajibkan tidur siang asalkan tidur malamnya berkualitas kira-kira 11 jam. Jadi para orang tua jangan mewajibkan anak tidur siang setelah anak berusia 4 tahun,” kata dokter Rini dalam webinar Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia, Jumat (19/3/2021).

Berapa jam waktu tidur siang yang baik untuk anak?

Anak bisa menghabiskan waktu tidur siang 1 hingga 3 jam dan disesuaikan dengan tidur malamnya agar total waktu tidur anak tidak kurang atau bahkan kelebihan. Namun, waktu ideal yang disarankan hanyalah 1 hingga 1,5 jam saja.

Berapa jam bayi 14 bulan tidur?

Meski sudah tidak bayi lagi, ia tetap membutuhkan pola tidur seperti ketika masih bayi. Hingga menginjak usia 2 tahun, anak batita butuh waktu istirahat 14 jam setiap hari; 11 jam untuk tidur malam dan sisanya tidur singkat di siang dan sore hari.